Current Event

Seramai 20 peserta dari pelbagai agensi kerajaan telah menghadiri ‘Kursus Pengenalan Spesies Terancam Baharu Di Bawah Akta CITES (Akta 686): (Yu Tanduk, Yu Mako, Pari Mobula, Pari Kemejan Dan Nautilus) yang diadakan di SEAFDEC/MFRDMD Kuala Terengganu. Kursus bilangan 1 telah diadakan pada 21-24 Oktober 2019 dan kursus bilangan 2 adalah pada 4-7 November 2019. Kebanyakan peserta yang hadir adalah mereka yang terlibat dalam hal-hal berkaitan pengawalan spesies-spesies terancam di Malaysia. Kursus dijalankan dalam bentuk kuliah dan amali. Ketika sesi kuliah, peserta diterangkan mengenai Pengenalan dan Penguatkuasaan Akta 686 (Akta CITES); Pengenalan Kepada Taksonomi dan Biologi Spesies Yu, Pari dan Nautilus; serta Perundangan dan Pendakwaan Berkaitan Spesies Terancam di Malaysia. Ketika sesi amali, peserta didedahkan dengan bentuk produk berasaskan yu, pari dan nautilus yang terdapat di pasaran. Selain itu, peserta juga dilatih untuk mengenalpasti 40 spesimen yu, pari termasuk pari mobula pelbagai spesies. Pemahaman peserta dinilai dengan ujian amali, ujian teori dan juga melalui persembahan kumpulan. Berdasarkan pemantauan yang dibuat, kefahaman peserta tentang kepentingan mengawal dan mengenalpasti spesies yu dan pari yang tersenarai dalam Akta 686 (Akta CITES) semakin meningkat. Spesimen yang digunakan ketika kursus telah diawet di rapositori SEAFDEC/MFRDMD Kuala Terengganu untuk digunakan sebagai rujukan di masa akan datang.

 

COURSE ON INTRODUCTION OF NEW ENDANGERED SPECIES UNDER THE CITES ACT (ACT 686): (HAMMERHEAD SHARK, MAKO SHARK, MOBULA RAY, SAWFISH RAY AND NAUTILUS)

‘Kursus Pengenalan Spesies Terancam Baharu Di Bawah Akta CITES (Akta 686): (Yu Tanduk, Yu Mako, Pari Mobula, Pari Kemejan Dan Nautilus) series 1 and series 2 were held at SEAFDEC/MFRDMD Kuala Terengganu on 21st – 24th October 2019 and 4th – 7th November 2019 respectively. A total of 20 participants from various government agencies were participated in each course. Most of the participants were those involved in matters related to conservation of endangered species in Malaysia. The course was conducted in the form of lectures and laboratory practical. The lectures were on Introduction and Enforcement of Act 686 (CITES Act); Introduction on Taxonomy and Biology of Sharks, Rays and Nautilus Species; and Legal and Prosecution Related to Endangered Species in Malaysia. During the laboratory practical, participants were exposed to sharks, rays and nautilus based products. In addition, participants were also guided to identify 40 fresh specimens of sharks and rays including mobula rays. Participants’ understanding was evaluated through practical tests, theory tests and group presentations. Based on the observation during the course, most participants showed improvement in their knowledge on the importance of controlling and identifying sharks and rays species listed on Act 686 (CITES Act). Specimens used during the course are now preserved at SEAFDEC/MFRDMD repository in Kuala Terengganu for future reference.